Penoreh getah didakwa lakukan amang seksual terhadap anak saudara - Utusan Malaysia

Penoreh getah didakwa lakukan amang seksual terhadap anak saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang penoreh getah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya berusia sembilan tahun, 26 Julai lalu.

Tertuduh, Saleh Nanyan, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 2 petang, 26 Julai lalu di sebuah rumah di Arau.

Pendakwaan terhadap lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak itu dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun dan sebat.

Selain itu, tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan kedua iaitu menunjukkan bahagian kemaluan mangsa untuk tontonan umum yang dilakukan pada pukul 12 tengah hari, 31 Julai lalu.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen (a)(ii) akta sama, yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izham Ali sementara tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Hajar Ahmad.

Terdahulu, Izham menawarkan jaminan sebanyak RM12,000 kepada tertuduh dengan syarat suspek tidak menganggu mangsa dan meminta ahli keluarga tertuduh tidak mengganggu saksi kes.

Bagaimanpun, Ainul Shahrin tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh. Sebutan semula kes pada 9 September depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya