Lalu lintas Perlis dijangka sesak menjelang Aidilfitri - Utusan Malaysia

Lalu lintas Perlis dijangka sesak menjelang Aidilfitri

SAIFUDIN ASLIN ABBAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Situasi lalu lintas di Perlis yang sentiasa tenang dijangka sesak dengan peningkatan mendadak kenderaan masuk ke negeri ini menjelang Aidilfitri minggu depan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Saifudin Aslin Abbas berkata, bagi kawasan Kangar, antara lokasi tumpuan yang dijangka mengalami kesesakan adalah seperti sekitar bulatan Jubli Emas, Kangar Jaya dan Kuala Perlis.

Katanya, di Padang Besar, lokasi yang dijangka sesak adalah di kawasan Padang Waremart dan arked niaga Padang Besar hingga ke bulatan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Padang Besar (ICQS) serta di pekan Beseri.

Ujarnya, di Arau pula, berkemungkinan berlaku kesesakan ketara di kawasan kompleks beli belah Kompleks Arau.

“Kesesakan tersebut ekoran kepulangan perantau ke kampung halaman sempena Aidilfitri tahun ini selepas dua tahun terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Meskipun kawasan berkenaan dijangka sesak, namun, kita yakin situasi tersebut masih terkawal,” katanya di sini hari ini.

Tambah Saifudin Aslin, bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengguna jalan raya, pihak polis akan melaksanakan Op Selamat 18 dan Op Lancar bagi mengawal aliran trafik di kawasan berlaku kesesakan itu.

“Anggota penguat kuasa trafik, unit kereta peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan lain-lain akan digerakkan bagi memastikan lalu lintas lancar dan terkawal.

“Masyarakat sudah pastinya sedia maklum mengenai situasi aliran trafik pada musim perayaan ini dan kita berharap pengguna jalan raya sentiasa bertolak ansur serta tidak melakukan provokasi selain merancang perjalanan dengan sebaiknya,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya