[VIDEO]: Hilang selepas empat hari, warga emas ditemukan selamat - Utusan Malaysia

[VIDEO]: Hilang selepas empat hari, warga emas ditemukan selamat

A.Sivapaki ditemui dalam keadaan lemah di dalam kawasan semak di Eco Park Rantau, Seremban pada pukul 11.40 pagi tadi oleh pasukan penyelamat selepas dilaporkan hilang sejak 30 Januari lalu.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Selepas empat hari, seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang berjaya ditemukan selamat di sebuah kawasan semak di Eco Park Rantau di sini pagi tadi.

A. Sivapaki, 73, bagaimanapun ditemui dalam keadaan lemah dan mengalami kekurangan air dalam badan.

Selepas dilaporkan hilang sejak 30 Januari lalu. A. Sivapaki ditemui oleh anggota penyelamat di dalam kawasan semak di Eco Park Rantau, Seremban pada pukul 11.40 pagi tadi..-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

Ketua Zon Seremban, Penguasa Kanan Bomba II, Khir Amir Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anggota pasukan mencari yang menjumpai warga emas berkenaan kira-kira pukul 11.40 pagi.

“Mangsa dijumpai di kawasan Eco Park Rantau iaitu sejauh empat kilometer dari ladang sawit di Kampung Sega Tengah, Rantau iaitu lokasi wanita itu dilaporkan hilang.

“Dia berada dalam keadaan lemah akibat kekurangan air. Kami membawanya ke pos kawalan operasi dengan menaiki kereta pacuan empat roda dan dia telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, Utusan Online melaporkan seorang wanita warga emas hilang ketika mencari lembu di kawasan ladang sawit di Kampung Sega Tengah, Kuala Sawah, Rantau di sini sejak 30 Januari lalu.

Sementara itu, cucu mangsa, K. Sarsarveen, 25, ketika ditemui bersyukur neneknya ditemukan dalam keadaan selamat.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua anggota penyelamat yang terlibat dalam usaha mencari nenek saya yang hilang. Kami sekeluarga amat bersyukur dia sudah dijumpai,” katanya lagi

Seramai 85 anggota pelbagai jabatan dan agensi penyelamat terlibat dalam operasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita tersebut.

Turut digerakkan dalam operasi tersebut ialah Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Port Dickson, Unit Anjing Pengesan (K9) Bomba, Pasukan Multi-Skill Team (MUST), Pasukan Khas Negeri Sembilan (STORM), Pasukan Khas Pertahanan Awam (Paspa) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN