Ular sawa baham kucing penduduk akhirnya ditangkap - Utusan Malaysia

Ular sawa baham kucing penduduk akhirnya ditangkap

ANGGOTA bomba menangkap ular sawa yang dijumpai di kawasan semak di Kampung Changkat Larang, Ipoh semalam. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tanda tanya kehilangan beberapa ekor kucing milik penduduk sejak hujung tahun lalu terjawab apabila seekor ular sawa batik sepanjang lima meter ditemukan di kawasan semak di Kampung Changkat Larang di sini semalam.

Seorang penduduk, Abdul Razak Daud, 48, berkata, reptilia itu ditemui rakan anaknya sekitar pukul 11.20 malam di kawasan semak dengan kepala ular itu berada di atas jalan.

Katanya, ketika ditemukan, ular sawa itu sedang membelit seekor kucing yang telah mati.

“Semasa diberitahu ada ular sawa, saya pergi tengok dan terkejut melihat ular itu sedang membelit seekor kucing. Ketika ditemui, reptilia itu agak agresif.

“Kami cuba untuk menangkap reptilia itu sendiri tetapi gagal dan hubungi pihak bomba untuk bantuan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Menurutnya, penemuan ular sawa itu menjawab misteri kehilangan beberapa ekor kucing miliknya sejak beberapa bulan lalu.

“Saya memang bela banyak kucing, namun, hairan apabila banyak yang hilang di mana yang terakhir pada hujung tahun lalu, dua ekor kucing lesap sekali gus.

“Di sini, memang banyak ular tambahan lagi kawasan kampung. Sejak duduk di sini, kira-kira 50 ekor ular telah dijumpai, namun, kali ini, ular sawa itu adalah yang kedua terbesar pernah saya jumpa,” katanya.

Sementara itu, Ketua BBP Pasir Puteh, Mohamad Fadzeli Che husin berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 11.24 malam dengan sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian.

“Anggota mengambil masa kira-kira lima minit untuk menangkap reptilia itu menggunakan penjerut ular. Ular yang berjaya ditangkap dilepaskan semula ke habitat asalnya di kawasan hutan yang jauh dari penempatan penduduk,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya