Lafaz nikah tidak disyariatkan dalam satu nafas - Zulkifli - Utusan Malaysia

Lafaz nikah tidak disyariatkan dalam satu nafas – Zulkifli

AKAD nikah pasangan pengantin, Mohd. Faizal Rusadio dan Afida Norma Md. Yusof yang dilangsungkan menerusi panggilan video semasa tempoh pelaksanaan PKP di Taman Puncak Jalil, Kuala Lumpur pada tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Debaran setiap bakal pengantin lelaki pastinya apabila berdepan dengan tok kadi ketika majlis akad nikah

Apa tidaknya, jurunikah meletakkan syarat lafaz akad nikah itu mesti dilakukan dalam satu nafas. 

Bagaimanapun, berdasarkan perbahasan dan pandangan, lafaz akad nikah sebenarnya tidak disyariatkan untuk dijawab dalam satu nafas, malah, mazhab al-Syafi’e menjelaskan ia mesti berturutan. 

Justeru, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi perkongsiannya menerusi portal Maktabah Al-Bakri mengesyorkan kepada imam atau jurunikah agar memudahkan proses lafaz nikah itu dan tidak memberatkannya apabila telah cukup syarat.

Menurutnya, semua mesti memahami bahawa mungkin ketika itu bakal pengantin berada dalam keadaan gugup, berdarah gemuruh dan sebagainya.

“Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji menyatakan bahawa antara syarat lafaz nikah adalah dengan ijab oleh wali dan qabul oleh pengantin lelaki secara berturutan. 

“Jika wali berkata: “Aku kahwinkan kamu dengan anak perempuanku,” dan selepas tempoh yang lama, pengantin lelaki menjawab: “Aku terima nikahnya,” maka aqad nikah itu tidak sah. 

“Hal ini adalah kerana pemisahan yang lama antara ijab dan qabul tersebut. Dalam tempoh yang lama ini, ada kemungkinan wali menarik lafaz ijabnya semula. 

“Adapun diam yang sekejap antara ijab dan qabul, seperti bernafas atau bersin, tidaklah merosakkan aqad nikah tersebut,” katanya. 

Namun begitu, katanya, mengikut mazhab Hanafi dan Hanbali, tidak mengapa berlaku pemisahan yang lama antara ijab dan qabul jika sekiranya masih dalam majlis dan tidak disibukkan dengan perkara yang lain. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya