3,500 kanak-kanak sertai khatan percuma - Utusan Malaysia

3,500 kanak-kanak sertai khatan percuma

PELBAGAI reaksi kanak-kanak yang menyertai aktiviti berkhatan beramai-ramai dalam Program Bantuan Berkhatan Sunathon Perdana di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 3,500 kanak-kanak di negeri ini dijangka menyertai program khas berkhatan beramai-ramai secara percuma sehingga pertengahan bulan depan.

Program Sunathon Perdana Negeri Selangor 2022 itu melibatkan sembilan daerah dan mula dilaksanakan sejak kelmarin.

Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Selangor dalam satu makluman memberitahu, program anjuran bersama Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) itu bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan di semua daerah.

“Kerajaan negeri mendapati ramai kanak-kanak kampung tradisi berasal daripada keluarga B40 yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Ada daripada mereka mengalami kesukaran menguruskan kos berkhatan dan kami mengambil langkah proaktif untuk membantu menyediakan perkhidmatan percuma itu,” katanya.

Jelasnya, penyertaan terbuka kepada penduduk kampung tradisi dan kanak-kanak berusia lapan hingga 15 tahun.

“Kami menjangkakan bakal menerima kira-kira 3,500 penyertaan dalam program berkenaan.

“Selain Persatuan Penghulu dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK),  proses berkhatan itu dilaksanakan Pertubuhan Kebajikan Perubatan Komuniti bersama kumpulan doktor terlatih,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu, semua daerah itu melibatkan Hulu Selangor, Hulu Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Klang, Gombak, Petaling, Sepang dan Kuala Langat.

“Program itu akan dirasmikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Gombak pada 6 Mac ini.

“Manakala, majlis penutupan akan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan negeri, Borhan Aman Shah di lokasi terakhir program itu di Kuala Langat pada 13 Mac depan,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya