Mangsa banjir di Segamat menurun - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Segamat menurun

R. Vidyananthan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini membabitkan daerah Segamat terus berkurangan kepada 74 mangsa daripada 22 keluarga setakat pukul 12 tengah hari ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, kesemua mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Agama Gemereh dan Dewan Serbaguna Jalan Genuang di Segamat. 

Beliau berkata, jumlah itu mencatatkan pengurangan berbanding 77 mangsa daripada 24 keluarga di tiga buah PPS pada tengah malam tadi. 

“Daerah Segamat yang terjejas teruk sebelum ini semakin pulih seramai 77 mangsa daripada 24 keluarga ditempatkan di dua PPS setakat ini. 

“Setakat ini, sebuah lagi PPS di Balai Raya Gemereh 4 di Segamat yang menempatkan tiga mangsa daripada dua keluarga ditutup setelah kesemua mangsa pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Vidyananthan berkata, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan keadaan cuaca berterusan dalam keadaan baik. 

Tambahnya, bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor pula, aras air sungai menunjukkan trend penurunan dengan hanya dua sungai sahaja berada di paras waspada di Empangan Bekok, Batu Pahat dan sungai di Panchor, Muar.

“Sehingga kini, hanya jalan di Jalan Kemuning 1 Felda Bukit Aping, Kota Tinggi yang masih ditutup untuk semua kenderaan akibat kejadian tanah runtuh pada minggu lalu,” ujarnya. 

Sepanjang tempoh 16 hari bencana banjir yang melanda negeri ini, hanya satu korban banjir dilaporkan melibatkan seorang warga emas lelaki dilaporkan iaitu di Jalan Kuala Paya Serakek, Buloh Kasap, Segamat, 7 Januari lalu. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya