PETALING JAYA: Kenderaan yang dipercayai membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat memasuki pekarangan Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur sekitar pukul 5.10 petang tadi.
Bagaimanapun, sehingga kini belum dipastikan tujuan kehadiran Perdana Menteri ke pusat rawatan tersebut.
Bahkan, pada Sabtu lalu, beliau telahpun melawat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), pusat rawatan berkenaan.
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan di Wad Diraja IJN semalam.
Menerusi kenyataan media Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah dijangka menjalani rawatan selama beberapa hari bermula semalam. -UTUSAN ONLINE