Altimet dikecam, perang mulut di Twitter pasal kenyataan tidak lengkap Menteri Pendidikan - Utusan Malaysia

Altimet dikecam, perang mulut di Twitter pasal kenyataan tidak lengkap Menteri Pendidikan

TANGKAP layar Radzi Jidin Comms membalas komen Altimet di Twitter.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah pasukan komunikasi Twitter Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin yang menggunakan nama Radzi Jidin Comms, mengecam tindakan seorang penyanyi rap dalam laman Twitter. 

Ini berikutan seorang penyanyi itu, Altimet, 42, menciap sebuah hantaran yang didakwa tidak menggambarkan kenyataan penuh Radzi berkenaan kes buli yang tular semalam. 

TANGKAP layar ciapan Altimet mengenai kenyataan Radzi Jidin mengenai kes buli pelajar.

Altimet didakwa menciap semula tangkap layar sebuah portal media bertajuk  ‘Lokasi kes buli pelajar di Perak bukan institusi bawah Kementerian Pendidikan’ dan memberi komen yang mengguris hati seperti  ‘pincang prihatinnya.’

Hari ini, pasukan komunikasi itu juga membalas ciapan itu dengan berkata;

“Awak penyanyi. atas bawah kami reply (balas) jawab kenyataan penuh. 

“Kenapa tidak sebar fakta kenyataan penuh dari sebar kebencian berita screenshot (tangkap layar) tajuk sahaja? Jadi la adil dalam membuat hebahan. 

“Ramai yang RT (ciap semula) yang sebar kebencian tajuk sahaja,” tulis laman itu, hari ini. 

Semalam, tular sebuah video yang memaparkan beberapa remaja yang dipercayai pelajar asrama menumbuk dan menendang seorang pelajar lain secara beramai-ramai. 

Susulan dari kejadian itu, siasatan telah dijalankan oleh pihak pengurusan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan pihak polis negeri Perak berhubung perkara tersebut. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN