Wanita tunggu bantuan rumah dapat perhatian Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Wanita tunggu bantuan rumah dapat perhatian Ahmad Zahid

KEADAAN rumah Aminah Abd. Rahman yang daif di Kampung Bagan Ikan, Bagan Datuk, Perak. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Kesukaran hidup seorang wanita yang tinggal di rumah serba daif di sini yang disiarkan akhbar ini baru-baru ini mendapat perhatian Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Wanita itu, Aminah Abd. Rahman, 70, mengharapkan bantuan rumah yang lebih selesa selepas ada pihak tertentu yang menjanjikan bantuan itu lima tahun lalu, namun dia masih belum diterimanya.

Ahmad Zahid yang prihatin terhadap keadaan wanita itu berkata, rumah yang didiami oleh Aminah akan dibina semula dan digantikan dengan sebuah rumah baharu.

Menurutnya, bantuan itu akan dilaksanakan di bawah Projek Prihatin Pusat Khidmat beliau sebagai Ahli Parlimen.

“UMNO Bagan Datuk akan memastikan kerja baik pulih rumah Aminah disiapkan di atas tanah rumahnya yang ada sekarang.

“Rumah baharu ini akan kita bina secepat mungkin, kita bimbang keselamatannya jika dia terus tinggal di rumah itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurut Ahmad Zahid, projek baik pulih rumah wanita itu juga melibatkan penambahan keluasan saiz rumah sedia ada.

“Ruangan hadapan rumahnya akan diperbesarkan 20 kaki dan lebar 12 kaki bagi membolehkan dia tinggal dengan selesa. Baik pulih melibatkan kos RM22,800,” katanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia menyiarkan keluhan Aminah yang masih ternanti-nantikan bantuan baik pulih rumah yang dijanjikan kepadanya.

Hidup sebatang kara dan tidak pernah berkahwin, Aminah tinggal di rumah yang serba daif.

Sebelum ini, keadaan itu turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahruzaman Yahya yang menziarahi untuk melihat sendiri keadaan rumah wanita itu.

Menurut Shahrulzaman, untuk bantuan rumah, pihaknya fokus kepada mereka sudah berkeluarga yang mempunyai anak-anak dan ada tanah sendiri manakala Aminah tidak pernah berkahwin.

Namun katanya, pihaknya memahami kesukaran hidup yang dialami Aminah dan akan membantunya membaik pulih rumah. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.