PETALING JAYA: Seorang pengguna aplikasi TikTok menyiarkan sebuah klip rakaman video yang memaparkan seorang lelaki warga emas dalam lingkungan 68 tahun terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan demi menyara hidup.
Pengguna aplikasi itu danielashraf1370 meluahkan rasa sedihnya melihat atuk tersebut berjalan terbongkok-bongkok ke arah lif sebuah residensi untuk menghantar pesanan ke rumah pelanggan.
Jelasnya, kejadian itu mengingatkan dirinya kepada arwah datuknya dan memberi tahu kepada pengguna-pengguna aplikasi tersebut untuk memberi ‘tip’ kepada warga emas tersebut jika penghantar pesanan mereka adalah datuk tersebut.
TULAR klip rakaman video seorang warga emas yang menjadi penghantar makanan didakwa di Damansara.
“Semoga atuk sentiasa dilindungii Allah..dan semoga atuk dimurahkan rezeki juga..hati ni tengok atuk teringat arwah atuk saya.
“Atuk ni rider area Damansara, kalau sesiapa order makanan tiba-tiba atuk ni yang hantar, harap-harap korang bagi sikit tip untuk dia.. semoga dimurahkan rezeki,” tulisnya di kapsyen rakaman yang tular di TikTok.
Mengulas keadaan wara emas tersebut, rata-rata pengguna TikTok meluahkan perasaan sedih mereka melihat keadaan individu itu dan memohon sesiapa yang mempunyai informasi tentang warga emas tersebut untuk sebarkan supaya mereka dapat memberi sumbangan.
“Wey… bayangkan kalau atuk ni kena marah sebab hantar makanan lambat… I just can’t… just thinking about it make me sad,” komen rafisahjais.
“Ya Allah… yang muda pun tahu beratnya atau penatnya kerja rider. Tak kira bahaya lagi. Moga dikurniakan kesihatan berpanjangan dan dimurahkan rezeki,” komen idhamnawawi,
“Bang kalau ada open donate roger bang, saya dah nak keluar air mata jantan dah ni,” komen mhdazhan.
“Macam mana nak cari atuk ni ya? Sungguh tak tenteram hati bila mampu tengok je tapi tak dapat nak tolong,” komen niesahana. -UTUSAN ONLINE