Kos nikah Siam naik 100 peratus - Utusan Malaysia

Kos nikah Siam naik 100 peratus

SIJIL nikah yang ditunjukkan oleh salah seorang ejen baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebagaimana di utara
tanah air, perkhidmatan ‘nikah Siam’
juga dikatakan rancak menerusi sem-
padan negeri ini biarpun kos pakej di-
tawarkan naik melambung hingga 100
peratus.

Difahamkan, kadar bayaran dikenakan kepada pasangan yang mahu berkahwin di Thailand kini antara RM1,200 hingga RM1,500, berbanding hanya sekitar RM600 sebelum negara dilanda pandemik Covid-19.

‘Otai’ atau orang lama dalam bidang itu yang berusia 60 tahun, namun enggan dikenali memberitahu, perkembangan itu menyaksikan ejen-ejen yang menawarkan perkhidmatan tersebut meraih pendapatan berlipat kali ganda.

Katanya, dalam tempoh sebulan
selepas rentas negeri dibenarkan, dia
sendiri sudah menerima tempahan
40 pelanggan sama ada dari negeri ini
atau negeri luar yang mahu bernikah di
Thailand dalam masa terdekat.

“Sebelum ini, nak dapat 10 pasangan
pun payah, sekarang, bilangannya naik
kerana orang ramai sudah boleh rentas
negeri.

“Mereka tidak kisah membayar
harga sekali ganda lebih mahal berban-
ding dulu kerana faham, bukan se nang
mahu melintas ke Thailand dalam
keadaan pintu sempadan negara masih
lagi ditutup ketika ini,” katanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia di sini se-
malam. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya