Semak kadar vaksinasi sekolah menerusi ciri baharu CovidNow - Utusan Malaysia

Semak kadar vaksinasi sekolah menerusi ciri baharu CovidNow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ibu bapa kini boleh menyemak kadar vaksinasi murid bagi sekolah anak masing-masing menerusi ciri baharu yang diperkenalkan laman sesawang CovidNow, bermula hari ini.

Perkara itu turut dikongsi Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin menerusi hantaran di Facebook har ini yang memberitahu, semakan boleh dibuat melalui pautan https://covidnow.moh.gov.my/school.

“Alhamdulillah, hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan ciri baharu mengenai perincian vaksinasi bagi peringkat sekolah di bawah Kementerian Pendidikan menersi laman sesawang CovidNow.

“Pada ciri baharu ini, ibu bapa atau penjaga boleh membuat semakan mengenai kadar vaksinasi murid bagi sekolah anak masing-masing. Usaha ini dapat menyediakan maklumat telus kepada masyarakat, khususnya ibu bapa dan penjaga,” katanya.

Katanya, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan mengadakan perbincangan bagi meneliti pendekatan terbaik untuk menyediakan maklumat berkaitan status pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja.

Radzi berkata, kementeriannya sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan dalam pelaksanaan program vaksinasi kepada remaja berumur 12 hingga 17 tahun, atau PICK Remaja yang bermula pada awal September lalu.

Menurut beliau, kementeriannya uga memantau rapi pelaksanaan PICK Remaja, khususnya bagi murid sekolah.

“Sehingga kini, hampir 80 peratus murid berumur 12 hingga 17 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya