Jangan cetus api perkauman - Utusan Malaysia

Jangan cetus api perkauman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara amat kesal komen berunsur perkauman daripada seorang pemimpin politik yang juga pengguna media sosial terhadap pemain badminton perseorangan negara, Kisona Selvaduray pada aksi separuh akhir Piala Sudirman, Sabtu lalu.

 

Menurut kementerian itu, sukan sekian lama menjadi tapak integrasi perpaduan yang menyatukan semua tanpa mengira bangsa, kaum dan agama, justeru, ia tidak sepatutnya dicemarkan dengan sikap segelintir individu tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif yang mencetuskan api kemarahan dan perpecahan.

 

“Seluruh rakyat Malaysia terutamanya pengguna media sosial diingatkan jangan sekali-kali bermain dengan kata-kata yang boleh mencetuskan api perkauman,” jelasnya menerusi kenyataan hari ini.

 

Terdahulu, komen berbaur perkauman disuarakan pengguna media sosial ekoran kekalahan atlet tersebut di tangan pemain Jepun, Akane Yamaguchi dalam aksi separuh akhir Piala Sudirman.

 

Tambah Kementerian itu lagi, walaupun hanya sepatah perkataan, ia tidak wajar sama sekali dikeluarkan dalam sebuah negara yang memiliki kepelbagaian kaum dan kerencaman budaya seperti negara ini.

 

“Semua pihak perlu mengelak daripada menggunakan kata-kata yang boleh mengguris hati dan perasaan kaum-kaum lain demi menjaga perpaduan dan keharmonian Keluarga Malaysia.

  

“Kita adalah Keluarga Malaysia, tidak kira sama ada kita bangsa Melayu, Cina, India atau mana-mana kaum dan etnik sekalipun, semangat sebagai sebuah Keluarga Malaysia perlu disemai, dipupuk dan dipelihara agar kita dapat terus hidup dalam keharmonian dan kesejahteraan,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya