TNB sumbang RM100,000 buat mangsa `Tsunami Jerai' - Utusan Malaysia

TNB sumbang RM100,000 buat mangsa `Tsunami Jerai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyerahkan cek sumbangan sebanyak RM100,000 untuk membantu mangsa-mangsa bencana kepala air Gunung Jerai.

Sumbangan tersebut diserahkan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan  menyampaikan sumbangan tersebut kepada Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit di Pusat Operasi Bencana, Titi Hayun, Yan, Kedah Sabtu lalu.

TNB dalam kenyataan semalam berkata, dalam masa sama Takiyuddin turut  mengadakan lawatan  meninjau kawasan tanah runtuh akibat kepala air di Gunung Jerai yang berlaku pada 18 Ogos lalu.

“TNB akan memulihkan aset dan infrastuktur bekalan elektrik yang rosak dan terjejas ekoran bencana berkenaan,” kata kenyataan itu.

Turut mengiringi Takiyuddin ialah Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din.

Kata kenyataan itu, dalam tempoh sementara ini,  TNB menyediakan janakuasa bergerak untuk membekalkan elektrik kepada pengguna yang  terjejas sehingga bekalan elektrik dipulihkan sepenuhnya.

Dalam kejadian tersebut,  beberapa buah kampung dan kawasan peranginan di sekitar daerah Yan, Gurun dan Merbok dilanda banjir kilat.

Banjir kilat dan limpahan air deras tersebut juga merosakkan kawasan kediaman dan infrastruktur utama, selain meragut enam nyawa penduduk. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN