Pelitup muka tiruan berisiko - Utusan Malaysia

Pelitup muka tiruan berisiko

ZAYN PUAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai diingatkan agar berhati-hati dengan penjualan pelitup muka tiruan yang boleh mendatangkan risiko sehingga mengalami kesukaran bernafas.

Pengarah Urusan Maystar Beauty Sdn Bhd dan pemilik jenama Neutrovis, Zayn Puah berkata, peringatan tersebut dibuat susulan rampasan pelitup muka tiruan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Johor baru-baru ini.

Katanya, pelitup muka tiruan belum menjalani sebarang ujian oleh Medical Device Authority (MDA) dan bahan yang digunakan tidak dapat dikenalpasti.

“Ada pengguna mengadu mengalami kesukaran bernafas, gelung telinga terlalu kasar dan wajah mereka mula berjerawat ketika menggunakan pelitup muka tiruan jauh berbeza dengan pelitup muka yang mereka gunakan sebelum ini.

“Tambahan lagi, pengguna ini mungkin terdedah kepada bahaya Covid-19 dan berfikir mereka sebenarnya melindungi diri sendiri dan juga orang lain.

“Penggunaan pelitup muka tiruan ini dapat menyebabkan kemudharatan kepada kesihatan pengguna dan mereka yang disekelilingnya, oleh itu, tindakan pantas harus diambil untuk membendungnya,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Sebelum ini, KPDNHEP Johor merampas 112,350 unit pelitup muka yang bernilai RM60,669 dalam tiga serbuan di bandar raya itu.

Dalam pada itu, Zayn berharap orang ramai menyalurkan kepada pihak berkuasa jika mempunyai maklumat berkenaan penjualan pelitup muka tiruan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN