PETALING JAYA: Gara-gara kecewa dengan bilangan kes Covid-19 yang terus meningkat setiap hari, penyanyi tanah air, Daiyan Trisha menggubah sebuah lagu yang sesuai dengan keadaan semasa.
Berjudul ‘Penat’, Daiyan menyanyikan lagu itu yang dimuat naik melalui akaun Twitternya.
Dalam tempoh tidak sampai 24 jam, lagu yang dinyanyikan selama 1.30 minit itu menjadi tular di media sosial.
“Saya heartbroken dan dah penat dengan semua benda. Jadi saya cipta lagu ini. Tajuk lagu ini, Penat.
“Lagu ini untuk kalian juga yang sedang penat hati, penat jiwa. Kita sama-sama rasa,” katanya.
Lagu itu mendapat respon yang positif dari netizen yang turut tersentuh dengan perkara yang berlaku ketika ini.
Kes positif Covid-19 mencatatkan lebih 11,000 selama tiga hari berturut-turut dengan hari ini mencatatkan kes tertinggi dengan 13,215 kes. -UTUSAN ONLINE










