870 staf barisan hadapan dijangkiti Covid-19 selepas divaksin - Utusan Malaysia

870 staf barisan hadapan dijangkiti Covid-19 selepas divaksin

DR. DHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bilangan petugas barisan hadapan dijangkiti wabak Covid-19 walaupun mereka sudah divaksin adalah kecil dan belum mencapai tahap serius.

 Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, setakat ini daripada jumlah keseluruhan lebih 500,000 petugas berkenaan, hanya 870 orang yang disahkan dijangkiti pandemik itu.  

“Ia melibatkan 219 orang yang menerima dos pertama manakala 651 orang lagi setelah lengkap dos kedua termasuk 97 orang daripadanya dalam tempoh 14 hari divaksin,” kata pada sidang akhbar secara maya di pejabatnya di sini hari ini.

 Bagaimanapun, menurut beliau,  sejumlah 449 orang lagi petugas barisan hadapan dikenal pasti sudah dijangkiti Covid-19 sebelum mereka sempat menerima vaksin dos pertama.

Adham memberitahu, jangkitan itu susulan gelombang ketiga penularan wabak  dengan paling banyak melibatkan petugas di Selangor, Kelantan dan Kedah.

Justeru, kata beliau, masyarakat tidak perlu bimbang dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan wajar segera mendaftar untuk menerima vaksin.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya