Murid Orang Asli boleh berjaya - Samuel - Utusan Malaysia

Murid Orang Asli boleh berjaya – Samuel

Samuel bersama murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Runchang belajar bahasa Inggeris menggunakan alat muzik ukulele.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Ketika mula ditugaskan mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Runchang di Muadzam Shah, Rompin dekat sini, persepsi masyarakat kuat mengatakan Orang Asli sukar menerima pendidikan selain mereka `malas’.

Bagaimanapun, Samuel Isaiah, 33, finals Anugerah Hadiah Guru Global 2020 berkata, beliau tidak peduli dengan persepsi tersebut tersebut sebaliknya menjadikan ia cabaran untuknya mengubah murid Orang Asli berkenaan.

“Selepas beberapa bulan bersama murid Orang Asli dan masyarakat itu, saya semakin bersemangat kerana tanggapan negatif tersebut sebenar tidak betul.

“Apa yang benar, kita cuma perlu ada satu proses pengajaran yang betul bagi mengubah masyarakat ini seperti yang diharapkan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Dalam tempoh lapan tahun mengajar, beliau menerapkan pelbagai program seperti Kelas Abad Ke-21 yang menampilkan cara pengajaran yang ceria bagi menarik perhatian murid-muridnya.

“Bagi sesi bahasa Inggeris pula saya menggunakan ukulele. Ukulee sejenis alat muzik dan sambil bermain alat muzik sambil saya mengajar bahasa Inggeris,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Kelmarin, Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengucap tahniah kepada Samuel kerana terpilih sebagai 10 finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020.

Seri Paduka menzahirkan rasa bangga atas dedikasi serta usaha Samuel mendidik pelajar Orang Asli.

Mengikut kenyataan penganjur Yayasan Varkey di London, Samuel dipilih daripada 12,000 pencalonan membabitkan lebih 140 negara.

Mengenai anugerah tersebut, Samuel berkata, pemilihannya bukan kemampuannya secara individu sebaliknya ia mencerminkan kejayaan seluruh guru negara ini sebagai pendidik.

“Saya bersyukur dan rendah diri terpilih sebagai finalis anugerah ini. Saya menyertainya kerana saya ingin meletakkan anak murid saya di mata dunia.

“Saya ingin tunjukkan kepada seluruh dunia bahawa mereka (Orang Asli) berkemampuan dan dengan proses pengajaran yang berkesan, mereka juga boleh berjaya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya