KPTMSB beri kerjasama siasatan pelajar maut ditikam 61 kali

KPTMSB beri kerjasama siasatan pelajar maut ditikam 61 kali

UTUSAN Online 2 Mei 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam proses siasatan berhubung insiden pelajar kolej yang ditemukan mati dengan 61 kesan tikaman di Ketereh, tengah malam kelmarin.

KPTMSB memaklumkan, pada masa ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut.

“KPTMSB memohon warga kampus dan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat atau spekulasi tidak sahih berkaitan insiden berkenaan bagi menghormati privasi keluarga dan memastikan kelancaran siasatan.

“Pada masa sama, KPTMSB turut menyediakan bantuan dan memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga mangsa bagi membantu mereka menghadapi saat sukar ini.

“Semoga seluruh keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KPTMSB berkata, sebarang maklumat lanjut mengenai perkembangan insiden akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi KPTMSB.

Terdahulu, dua remaja lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian penuntut kolej wanita dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh tengah malam kelmarin, direman tujuh hari manakala, dua lagi suspek masing-masing wanita berusia 60 tahun dan lelaki berusia 66 tahun direman tiga hari.

Semalam media melaporkan, mayat seorang wanita yang ditinggalkan di Ketereh, tengah malam semalam mempunyai 61 kesan tikaman di seluruh anggota badannya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat dilaporkan berkata, mangsa ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, namun pihaknya sudah mengenal pasti mangsa berdasarkan semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Beliau berkata, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi terbabit.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat kecederaan tikaman berganda di bahagian dada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN