ASP ditahan terlibat kes pemerasan berjumlah RM5,000

ASP ditahan terlibat kes pemerasan berjumlah RM5,000

SAZALEE ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) ditahan selepas didakwa terlibat kes pemerasan berjumlah RM5,000 terhadap seorang lelaki di sebuah restoran nasi kandar di Bukit Bintang dekat sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 1.30 pagi ketika lelaki itu dimaklumkan rakan sekerjanya ditahan oleh anggota polis kerana disyaki terbabit aktiviti penipuan pusat panggilan.

Katanya, anggota polis terbabit turut mendakwa majikannya seorang lelaki warga China menjadi buruan dan mempunyai rekod orang dikehendaki di Kemboja serta China.

“Mangsa hadir bertemu rakan dan mendapati kenalannya itu bergari sebelum dibebaskan selepas sejam.

“Mangsa juga menyatakan dipaksa menyerahkan wang RM5,000 kepada pihak polis di restoran terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, menurutnya. mangsa membuat laporan polis terhadap anggota polis yang menggaribtangan rakannya serta mengugut meminta wang.

Jelasnya, polis menahan pegawai terbabit dan merampas telefon bimbitnya.

“Suspek direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

“Siasatan juga mendapati suspek ada berhubung dengan seorang lelaki dan ditawarkan RM300,000 sekiranya dapat menahan majikan mangsa kerana dikehendaki atas kesalahan penipuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN