KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan empat geng aktif mencuri motosikal dengan penahanan 21 individu dalam Operasi Lejang Khas yang dijalankan sejak awal tahun ini. Operasi selama hampir tiga bulan bermula 1 Januari hingga 20 Mac lalu itu turut membawa kepada rampasan 24 kenderaan terdiri 22 motosikal dan dua buah kereta. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Senior Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, operasi bersepadu itu dilaksanakan oleh Bahagian Unit Risikan Jenayah…










