Polis temui petunjuk positif siasatan insiden Cikgu Chandra

Polis temui petunjuk positif siasatan insiden Cikgu Chandra

SHAZELI Kahar ditemui pemberita pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN/MOHD. FARHAN DARWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis memperolehi petunjuk positif berhubung siasatan terhadap insiden khianat dan ugutan jenayah terhadap aktivis, S. Chandrasegaran baru-baru ini dekat kediamannya di Taman Kinrara, Puchong.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata, bagaimanapun beliau tidak dapat mendedahkan butiran lanjut berhubung dengan perkara itu.

“Siasatan dijalankan setakat pagi tadi dan ada petunjuk positif bagi kedua-dua kes tersebut. Saya tak boleh kongsikan lagi.

Sebarang perkembangan yang baik akan saya kongsikan,” katanya, ketika sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Selangor di sini, pagi tadi.

Namun, beliau memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara telus dan adil tanpa melakukan sebarang penganiayaan terhadap mana-mana pihak.

“Kertas siasatan juga dah dibuka, Tindakan dah dimulakan pihak polis sejak kedua-dua laporan dibuat,” tambahnya.

Selain itu, Shazeli turut menggesa sebarang bentuk provokasi menyentuh isu berkaitan agama, kaum, dan raja (3R) dihentikan kerana dikhuatiri merebak dan menjadi tidak terkawal.

“Saya faham isu agama dan kaum hangat diperkatakan. Saya seru dihentikan kerana kita bimbang jika tak terkawal insiden lebih buruk akan berlaku.

“Peringatan tegas, polis tidak kompromi mana-mana orang memainkan dan semarakkan isu 3R. Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi,” tegasnya.

Jelasnya, siasatan terhadap insiden pertama dijalankan di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat serta ugutan jenayah, manakala yang kedua pula disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan berhubung kejadian khianat dengan api yang melibatkan sebuah kenderaan di lokasi sama.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan dua laporan polis diterima berhubung insiden khianat serta ugutan jenayah terhadap aktivis yang dikenali sebagai Cikgu Chandra, 47, dekat rumahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN