MELAKA: Polis berjaya membongkar sebuah makmal pemprosesan dan penyimpanan dadah jenis Methylene-dioxy-methamphetamine (MDMA) bernilai kira-kira RM86.78 juta dalam tiga siri serbuan di sekitar Melaka, minggu lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, operasi hasil risikan itu membawa kepada penahanan lima individu tempatan terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 23 hingga 55 tahun. Menurut beliau, serbuan pertama dijalankan pada 6 Mac…










