Dadah: 98 makmal haram, aset bernilai RM990 juta disita

Dadah: 98 makmal haram, aset bernilai RM990 juta disita

Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan ucapan pada Segmen Peringkat Tertinggi Suruhanjaya Mengenai Narkotik Dadah ke-67 Pejabat Jenayah dan Dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) di Vienna, Austria.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 98 makmal proses dadah haram termasuk aset jenayah itu yang bernilai RM990 juta berjaya dirobohkan serta disita agensi-agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Selain itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, seramai 351 individu terbabit jenayah berat itu turut berjaya ditahan.

“Usaha menangani punca isu dadah memerlukan pendekatan bersepadu, penyelarasan usaha merentasi sempadan dan tindakan pencegahan berasaskan bukti,” tegasnya.

Penegasan itu dikongsikan ketika beliau menyampaikan ucapan di Segmen Peringkat Tertinggi Suruhanjaya Mengenai Narkotik Dadah ke-67 Pejabat Jenayah dan Dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) di Vienna, Austria.

“Pada masa sama, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), memainkan peranan penting menyokong Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam operasi kawalan sempadan dan pencegahan aktiviti penyeludupan manusia, dadah terlarang dan barangan seludup,” ujarnya.

Katanya, Malaysia mengukuhkan komitmen untuk menjaga sempadan dan memerangi jenayah rentas negara melalui usaha kerjasama antara RELA dan pihak berkuasa.

Ujarnya, ia sekali gus menyumbang kepada keselamatan dan kestabilan serantau.

“Namun, Malaysia juga sedar bahawa dadah adalah masalah global dan pengedaran dadah melibatkan operasi transnasional oleh sindiket antarabangsa.

“Oleh itu, pencegahan dadah merupakan tanggungjawab kolektif dan sebarang tindakan hanya akan berkesan sekiranya terdapat kerjasama di antara agensi penguatkuasaan antarabangsa,” katanya.

Dalam ucapan sama, Saifuddin berkata, beliau menyampaikan ikrar negara untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa dan serantau dalam menangani masalah dadah sedunia.

Katanya, ia elaras dengan kewajipan perjanjian antarabangsa dan serantau serta Pelan Strategik Antidadah 2021-2025 Malaysia.

“Malaysia akan terus mengukuhkan perkongsian dengan negara lain dan organisasi antarabangsa untuk membanteras pengilangan, pengeluaran, dan pengedaran dadah haram.

“(Termasuk) memudahkan pertukaran maklumat, kepakaran dan amalan terbaik untuk memperkukuh usaha kolektif oleh masyarakat antarabangsa dalam mencegah jenayah berkaitan dadah.

“Malaysia juga akan terus mengembangkan lagi kerjasama dua hala, khususnya dengan negara jiran terdekat kami, dan mengambil bahagian secara aktif dalam inisiatif serantau dan global,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×