PETALING JAYA: Seorang penuntut universiti rugi RM6,880 selepas impian memiliki iPhone 15 Pro Max terpakai pada harga RM2,000 berkecai setelah menjadi mangsa penipuan dalam talian. Mangsa yang enggan dikenali berkata, pada mulanya dia terlihat satu iklan telefon terpakai di platform Xiaohongshu yang dijual sekitar RM2,000 pada 6 Mac lalu kira-kira pukul 4 petang. “Saya menghubungi individu yang kononnya penjual itu sebelum dia meminta saya memindahkan wang pendahuluan sebanyak RM1,000 ke…










