KANGAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 16,500 unit pelbagai jenis peranti rokok elektronik atau vape dipercayai cuba diseludup ke negara jiran menggunakan sebuah lori di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Sanglang di sini, semalam. Lori terbabit ditahan sekitar pukul 1.15 pagi itu hasil maklumat risikan menerusi gabungan Zon Maritim Kuala Perlis, Maritim Kedah dan Perlis serta Zon Maritim Kuala Kedah. Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana…







