ALOR SETAR: Polis memperoleh kebenaran untuk menyambung reman lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan ibunya yang berlaku di Taman Sultan Abdul Halim, Tanjung Bendahara, awal bulan ini. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, suspek berusia 29 tahun kini direman seminggu lagi bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. “Reman suspek disyaki membunuh ibunya dibenarkan disambung sehingga 15 Februari ini bagi membolehkan…








