Lelaki tikam ibu kandung di Paya Luboh positif syabu - Utusan Malaysia

Lelaki tikam ibu kandung di Paya Luboh positif syabu

SUSPEK yang menikam leher ibu kandungnya sehingga maut diiring keluar anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Suspek yang menikam ibu kandungnya dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu dekat sini kelmarin, disahkan positif syabu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, ujian saringan air kencing mendapati, lelaki berusia 38 tahun itu yang juga anak sulung mangsa positif methamphetamine.

“Pemeriksaan di tempat tinggal suspek bagaimanapun tidak menjumpai sebarang dadah. Hasil ujian air kencing yang dilakukan kira-kira pukul 1.30 pagi tadi, kita mendapati suspek positif methamphetamine,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Dalam pada itu, suspek direman tujuh hari bermula semalam (Rabu) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah reman sehingga 12 Jun dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Mazana Sinin.
Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.45 pagi diiringi anggota polis.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang, mang­sa, Roziah Md. Dom, 63, ditikam di leher kanan dan kiri oleh suspek menggunakan pisau pemotong sayur.

Pesara guru itu ditemui berlumuran darah dalam bilik tidur oleh anak perempuannya yang juga adik kepada suspek.

Susulan kejadian itu, anak sulung daripada lima beradik tersebut ditangkap penduduk kampung dan diserahkan kepada pihak polis.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN