JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan penjual mercun susulan kejadian seorang lelaki kudung kaki kiri akibat letupan mercun di Taman Damai Jaya, Bukit Siput, Segamat Selasa lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, siasatan awal mendapati mercun yang dibakar mangsa berusia 32 tahun itu tidak tersenarai dalam mercun yang mendapat kelulusan untuk dijual. “Kita mendapati mercun yang dibakar oleh mangsa berada dalam kategori tidak diluluskan. Dengan kata lain, ia…









