PETALING JAYA: Seorang guru tuisyen maut selepas terjatuh dari beranda di tingkat 17 sebuah kondominium di kawasan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras semalam. Wanita berusia 24 tahun itu yang tinggal bersama keluarganya ditemukan terjatuh sebelum laporan polis dibuat pada pukul 3.06 petang. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mempunyai masalah peribadi kemudian ditemukan dalam keadaan terbaring disahkan meninggal dunia. “Bedah siasat…










