ALOR SETAR: Polis menafikan dakwaan kejadian seorang lelaki dipukul orang ramai selepas didakwa melakukan rompakan yang kononnya berlaku di sebuah masjid di Kuala Kedah, di sini. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, semakan lanjut mendapati tiada sebarang laporan diterima berhubung kejadian seperti yang ditularkan setakat ini. “Hasil semakan dan penelitian lanjut mendapati tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian tersebut di mana-mana lokasi dalam…










