PETALING JAYA: Sebuah rangkaian pusat urut terkemuka di negara ini dipercayai telah membayar wang rasuah berjumlah kira-kira RM2.7 juta setahun kepada beberapa pegawai daripada pelbagai agensi penguat kuasa, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), sebagai wang perlindungan. Menurut sumber, lima individu melibatkan empat pegawai penguat kuasa dan seorang pesara agensi penguat kuasa telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah membabitkan rangkaian pusat urut berkenaan. Katanya, empat daripada suspek iaitu tiga…








