BUKIT MERTAJAM: Pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM211,650 dirampas Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang dalam satu operasi intra agensi di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru arah Utara, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di sini, semalam. Rampasan itu dilakukan kira-kira pukul 2 petang hasil maklumat awam berkaitan aktiviti pengedaran mercun dan bunga api tanpa permit yang sah, menerusi operasi bersama Unit D9, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat…










