PETALING JAYA: Satu kegiatan sindiket pemalsuan dokumen yang beroperasi dari sebuah kediaman mewah di ibu negara dibongkar selepas enam lelaki warga Bangladesh ditahan dalam operasi khas semalam. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi pada pukul 12.35 tengah hari itu dijalankan sekitar Jalan Chemur dan Jalan Ipoh susulan risikan selama dua minggu. Katanya, kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 23 hingga 45 tahun. “Semakan awal mendapati empat…







