ALOR SETAR: Seorang lelaki membuat laporan polis terhadap jurulatih sukan disertai anak perempuannya yang didakwa melakukan gangguan seksual sejak beberapa bulan lalu. Bapa berusia pertengahan 40–an yang enggan dikenali itu berkata, perubahan ketara berlaku terhadap mangsa yang berusia 15 tahun apabila tidak mahu lagi menyertai sukan terbabit yang diceburinya sejak tiga tahun lalu. “Saya dan isteri hairan mengapa perkara ini terjadi secara tiba-tiba kerana dia memang minat dengan sukan tersebut…









