Shamsul Iskandar dirakam keterangan esok

Shamsul Iskandar dirakam keterangan esok

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin dijangka hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok bagi membantu siasatan berhubung tohmahan pemberian rasuah oleh seorang ahli perniagaan, Albert Tei.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini seramai tiga individu akan dipanggil keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit. 

Katanya, ia termasuk seorang wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong yang tampil memberi keterangan kepada SPRM hari ini. 

“Kertas siasatan telah dibuka susulan laporan sebuah portal berita yang mendakwa Albert Tei memberi wang rasuah kepada Shamsul ketika beliau berkhidmat sebagai setiausaha politik kanan.

“Setakat ini, kita memanggil tiga saksi. Pertama, seorang wanita dikenal pasti Sofia hadir ke pejabat SPRM hari ini pada pukul 2 petang.

“Kedua, Shamsul akan hadir esok kerana beliau berada di Kota Kinabalu dan perlu mendapatkan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azam berkata, Albert Tei pula akan dipanggil pada 1 Disember ini selepas memohon penangguhan ekoran masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Beliau berkata,  semua individu yang diarahkan hadir perlu memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan siasatan dapat diselesaikan segera.

“Saya sudah mengarahkan pegawai untuk menyiapkan siasatan dalam tempoh dua minggu. 

“Kes ini dianggap serius untuk kami (SPRM) selesaikan secepat mungkin,” katanya.

Kelmarin, Shamsul Iskandar mengesahkan sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shamsul Iskandar dalam kenyataan di platform X berkata, terdapat percubaan untuk menyerang dirinya dengan perkara yang boleh merosakkan imej Kerajaan MADANI.

Media sebelum ini melaporkan pendedahan Albert Tei yang antara lain mendakwa telah memberikan RM629,000 kepada bekas Setiausaha Politik Kanan PMX itu atas alasan diyakinkan boleh mendapat kembali wang yang disalurkan kepada ahli-ahli politik di Sabah. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN