PETALING JAYA: Seorang lelaki yang tular videonya memandu sebuah kereta utiliti sukan (SUV) dalam keadaan berbahaya menyerah diri di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur bagi membantu siasatan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, lelaki berusia 32 tahun itu hadir pada pukul 10.30 pagi tadi. Ia selepas video berdurasi satu minit yang tular di media sosial memaparkan kenderaannya bergerak dengan tayar belakang…







