Lelaki ditembak dalam pacuan empat roda

Lelaki ditembak dalam pacuan empat roda

Lelaki ditembak
TANGKAP layar rakaman seorang lelaki ditemukan dalam keadaan terkulai di dalam sebuah pacuan empat roda, dipercayai ditembak dalam satu kejadian dekat Taman Mesra Indah, di Klang, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki didapati tidak sedarkan diri dipercayai ditembak dalam satu kejadian dekat Taman Mesra Indah di Klang, malam tadi.

Mangsa dipercayai warga tempatan, bagaimanapun identitinya masih belum diperolehi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, beliau mengesahkan kejadian tersebut apabila menerima maklumat daripada MERS 999 berkaitan kejadian tembak di kawasan berkenaan kira-kira pukul 8.35 malam.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dan berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintendan Mohd. Harman Mohd. Haniff di talian 019-2100334.

“Atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222,” ujarnya.

Terdahulu, tular potongan video dalam media sosial memaparkan seorang individu didapati dalam keadaan terkulai di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Menerusi hantaran video berkenaan, mangsa dipercayai ditembak. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN