KUALA LUMPUR: Siasatan polis mendapati serangan terhadap seorang wartawan sukan semalam oleh dua individu adalah lebih kepada hal peribadi. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan polis. “Minta semua tidak buat sebarang spekulasi lain dan tunggu selesai siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes serangan itu. Pengangur berusia 37 tahun…










