PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan tindakan tegas terhadap pemasangan iklan haram apabila menurunkan sebanyak 132 iklan tanpa kebenaran dalam operasi sekitar Jalan Syed Putra menghala ke Mid Valley, Kuala Lumpur kelmarin. DBKL dalam kenyataan berkata, operasi yang digerakkan oleh Flying Squad DBKL itu turut membersihkan 97 tiang lampu awam yang dicemari gegantung (bunting), pelekat dan dawai iklan yang bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malah membahayakan pekerja penyelenggaraan serta…








