KUALA LUMPUR: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menahan seorang wanita warga China selepas disyaki menggunakan dokumen perjalanan palsu dalam cubaan untuk berlepas ke luar negara semalam. AKPS dalam kenyataan berkata, suspek berusia 28 tahun ditahan pada 6.30 petang di Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA Terminal 2 apabila pegawai bertugas mendapati sesuatu yang mencurigakan semasa pemeriksaan dokumen. “Wanita berkenaan dijadualkan menaiki penerbangan AirAsia AK103 (Kuala…