KUALA LUMPUR: Sebuah premis yang dijadikan stor menyimpan produk penjagaan tiruan diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur di Cheras, kelmarin. Penguatkuasaan Op Jeriji 6.0 itu dijalankan hasil maklumat dan risikan selepas menerima aduan daripada wakil cap dagang. Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kuala Lumpur, Mohd. Shahran Mohd. Arshad berkata, dua lelaki Pakistan berusia lingkungan 30 hingga 40-an disyaki pekerja di premis itu…