PETALING JAYA: Seorang penjawat awam yang juga pemilik sebuah syarikat sukan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan kelengkapan sukan sebuah sekolah berjumlah kira-kira RM23,000. Penahanan suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 10 pagi semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya. Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2020 dengan mengemukakan tuntutan…