Pemilik restoran tuang minyak masak peket dalam botol 5kg

Pemilik restoran tuang minyak masak peket dalam botol 5kg

MINYAK masak peket bersubsidi dan plastik kosong antara yang ditemukan penguat kuasa KPDN ketika serbuan di sebuah restoran di Bukit Beruang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Taktik seorang pengusaha restoran menyimpan minyak masak peket bersubsidi ke dalam botol untuk kegunaan perniagaan berjaya dihidu penguat kuasa dalam Op Samar 5.0, kelmarin.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Dr. Mohd. Hazimin Jamaludin berkata, berdasarkan risikan dan aduan awam, serbuan telah dijalankan di sebuah restoran di Bukit Beruang di sini.

Beliau berkata, restoran tersebut memiliki 31 peket minyak masak bersubsidi satu kilogram (kg) dan lapan minyak masak botol lima kg pelbagai jenama.

“Terdapat plastik minyak masak peket bersubsidi yang telah dipotong dan minyak dipindahkan ke dalam botol lima kg untuk kegunaan restoran bagi mengaburi mata penguat kuasa. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM324.70.

“Pemilik gagal mengemukakan permit atau lesen menyimpan barang kawalan minyak masak bersubsidi. Tindakan kes telah diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki telah melakukan kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×