Pasangan suami isteri direman dua hari

Pasangan suami isteri direman dua hari

BAPA (depan, baju putih) dan ibu (kiri, tudung berbunga) kepada kanak-kanak yang cedera di leher dipercayai akibat dikelar dengan senjata tajam dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki yang cedera di leher dipercayai dikelar menggunakan senjata tajam di Kampung Parit Nipah, Parit Raja, di sini kelmarin, direman dua hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman sehingga esok ke atas pasangan masing-masing berusia 41 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurasidah A. Rahman selepas dihadapkan ke Mahkamah Majestrit Batu Pahat, di sini hari ini.

Pasangan yang diwakili Peguam Bela Muhamad Izwan Ishak dibawa masuk ke Mahkamah kira-kira pukul 8.15 pagi akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya.

Pada 27 Oktober, akhbar ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mengalami kecederaan di leher dipercayai dikelar dengan senjata tajam.

Kejadian itu disedari oleh ibunya selepas terbangun dari tidur kira-kira pukul 5.30 pagi sebelum mendapati dua bilah pisau diletakkan di atas bantal tempat tidur anak bongsu daripada tiga adik beradik itu.

Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki itu bernasib baik kerana tiada saluran darah yang terputus selepas dibawa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Parit Raja sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Semalam, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, keadaan kanak-kanak yang masih dirawat di HSNI itu kini stabil, boleh bercakap namun masih menjalani rawatan rapi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN