BATU PAHAT: Ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki yang cedera di leher dipercayai dikelar menggunakan senjata tajam di Kampung Parit Nipah, Parit Raja, di sini kelmarin, direman dua hari bagi membantu siasatan. Perintah reman sehingga esok ke atas pasangan masing-masing berusia 41 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurasidah A. Rahman selepas dihadapkan ke Mahkamah Majestrit Batu Pahat, di sini hari ini. Pasangan yang diwakili Peguam Bela Muhamad Izwan Ishak dibawa masuk…







