Ugutan diterima isteri Rafizi adalah kali pertama

Ugutan diterima isteri Rafizi adalah kali pertama

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan ugutan yang diterima isteri bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli melalui aplikasi WhatsApp adalah kali pertama.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan masih berjalan termasuk mengesan individu yang menghantar mesej ugutan itu.

“Semua masih dalam siasatan dan ia memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan pengesahan dan maklumat.

“Setakat ini keterangan sebanyak 14 individu telah kita ambil bagi siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Dua suspek yang melakukan serangan terhadap anak lelaki Mohd. Rafizi masih diburu dan identitinya belum dikenal pasti.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian pukul 2 petang Rabu lalu, anak Mohd. Rafizi berusia 12 tahun diserang dan disuntik jarum mengandungi cecair oleh dua lelaki yang menunggang motosikal di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN