Buruh tikam bekas isteri dicekup di Johor

Buruh tikam bekas isteri dicekup di Johor

Ditikam suami
PETUGAS kesihatan dan pihak berkuasa membantu seorang wanita yang ditikam suaminya dekat Kampung Kanchong Darat, Banting, di Kuala Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seorang buruh binaan warga Indonesia yang menikam bekas isterinya di daerah ini kelmarin dicekup polis di Kampung Maju Jaya, Pontian, Johor hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di tepi jalan kampung berkenaan, kira-kira pukul 2.50 pagi.

Jelas beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek cuba melarikan diri ke Indonesia.

“Suspek direman selama empat hari sehingga 30 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Ujian saringan air kencing akan dijalankan ke atas suspek yang bekerja sebagai buruh binaan di sekitar Banting,” katanya hari ini.

Tambah Mohd. Akmalrizal, mangsa wanita warga Indonesia berusia 44 tahun kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Faktor tidak berpuas hati selepas bercerai dilaporkan dipercayai menjadi punca suspek menikam mangsa di Jalan Redan Kanchong Darat di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi itu mengakibatkan wanita itu cedera di perut kiri akibat ditikam menggunakan pisau.

Tindakan suspek turut dipengaruhi dengan tuduhan terhadap majikan mangsa yang telah menghasut bekas isterinya untuk rujuk semula.

Mangsa dibawa ke Hospital Banting bagi rawatan lanjut dengan hasil pemeriksaan mendapati berlaku pendarahan dalaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN