KUALA LUMPUR: Proses bedah siasat kali kedua dijalankan terhadap Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin menemukan beberapa kecederaan mencurigakan berkemungkinan menyebabkan kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor itu pada 28 Julai lalu. Peguam keluarga, Datuk Naran Singh Ara Singh berkata, hasil bedah siasat dijalankan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur mendapati terdapat kecederaan-kecederaan pada badan Syamsul Haris yang dipercayai punca kematiannya. Beliau…